Jun 1, 2010

Takziah diucapkan kepada keluarga terbabit..

Lewat petang Ahad Chon terima msg dari kawannye
yang salah sorang staff derang dlm keadaan kritikal
hidup dengan hanya bergantung pada machine lebih kurang seminggu mcm tu
Doktor kata nak cabut machine tu sbb dah takde fungsi lagi
so bermakna kemungkinan hidupnye pon akan...
So bacaan yaasin diadakan...

Tup2 pagi isnin tuh selepas subuh
Chon dapat lagi satu msg mengatakan kawannye tu
dah pergi mengadap Ilahi

Aku rasa sedey..sbb mengenangkan arwah
ada sorang anak ppuan baru 2tahun
Aku sedey tak tau nak ckp
Kesian for that little girl yang mmg tak tau apa2
Pasti dia slalu akan tertnya2 pada papanye

Mama mana?
Nak mama...
Nak tido dgn mama...


Adoi tak dpt aku bayangkan..
Lagi sedey papanye yg nak menjawab

Kematiannye bersebab..
Tapi ini semua adalah dari ketentuanNya jugak.
Allah lebih tahu apa yang terbaik.

Semoga arwah ditempatkan bersama kalangan solehah
Untuk keluarga yang berkaitan
Banyak2 la bersabar
Ujian dari Allah mmg sgt hebat
Tapi Allah lebih mengetahui apa yang kita tak tahu
Sabar, byk2 la berdoa, tabah dan reda adalah yang terbaik

Kematian arwah juga menjadi topik hangat berita semalam.

Kenyataan di bawah ini aku copy dari berita Malaysiakini

Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) yang tidak sedarkan diri selepas mengikuti kurus ala komando di Jugra, Kuala Langat dekat Klang meninggal dunia pagi ini.


Norhashimah Wahid, 31, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 6.20 pagi tadi.

Beliau yang berkhidmat dengan Kementerian Kewangan di Putrajaya, difahamkan mengikuti kursus Modul Jati Diri di sebuah kawasan hutan yang dikendalikan oleh Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU).

Bernama
yang memetik abang iparnya Zakir Hussain, 41, memberitahu adik iparnya menyertai kursus itu sejak Ahad lalu dan dia dimasukkan ke Hospital Banting pada jam 5 pagi Jumaat pada mulanya kerana sukar bernafas sebelum dipindahkan ke HTAR pada hari yang sama.

"Pada mula Norhashimah disyaki mengidapi denggi tetapi doktor menafikan...dia menunjukkan simptom H1N1 atau jangkitan paru-paru," katanya.

Norhashimah telah menjalani kursus selama tiga bulan daripada tujuh bulan yang perlu dilalui oleh pegawai PTD dan juga telah menjalani latihan sebagai anggota bomba dan polis dalam tempoh tiga bulan itu.

Menurut Zakir beliau difahamkan antara latihan yang ditempuhi oleh Norhashimah dan rakan-rakannya semasa modul jati diri itu ialah meminum air stokin dan direndam di dalam lumpur.

Beliau berkata latihan seperti itu nampak tidak relevan kerana adik iparnya bukan anggota tentera yang hendak dihantar berperang, memadai beliau diberikan latihan asas ketenteraan.

Apa yang dikesalkan kata Zakir ialah pihak INTAN atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak memberitahu suami Norhashimah, Ahmad Zulkhairi Zainal Abidin, 31
bahawa isterinya sakit seawal yang mungkin.

Beliau mendakwa Ahmad Zulkhairi hanya diberitahu bahawa isterinya berada keadaan kritikal semasa dihantar ke Hospital Banting pada pagi Jumaat lalu.

Norhashimah, yang berasal dari Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka mempunyai seorang anak perempuan Nur Hylda Daenia berusia dua tahun.