Sep 30, 2009

2 Syawal 1430 / 21 Sept 2009 di Bedong plaks

Salam..

Lewat petang raya pertama tu kami dah bertolak balik ke umah family aku di Bedong.

Bila dah malam tu takde la nk pkai baju raya kan..

So keesokkannye tu tak sabar nk tunggu kepulangan family abang aku dari Langkawi!

Then siangnye tu mak kata nak masak yg sedap2..

Iye la menantu ppuannye n cucunye yg jauh nk balik!

Lama dah tak tgk depa ni semua.

Seingat aku last aku jumpa depa masa aku peknen kat Arman 5bulan.

Time tu kami pegi cuti2 kat Langkawi, so dapat la jumpa.

Aku rindu sangat kat batrisyia, nasywa n atikah (anak buah aku).

So aku n mak aku pon mula la sesi masak-memsak dari pagi smpai la ke tghari baru la siap.

Maklum la dua orang aje di dapur.

Benda yg nk dimasak tu byk sgt so tak menang tangan.

Chon terpaksa la jgk jadi baby sitter hehehhe

Tapi Arman time tu baik aje..

klau duduk kat dapur sorang2 dia pon ok aje..

agaknye dia mmg suka dok umah tok timah nye nih

hehheheh jangan jeles ar abang....

Aryna lagi ler suka dia kata "Sayang tok timah aje"

Sikit2 nak balik umah tok timah..

even dok kat umah dia pon dia nak balik kat tok timah jgk!

Iye la sbb tok timah rajin bagi dia cokelat!

Hari tu kami masak nasi beriani, sambal ayam, daging masak hitam, sup daging, air asam, rebus perut lembu n ulam-ulaman...

Time ni aku tak tringat langsung nak amik gamba semua menu2 tu sbb mmg buzy yg amat!

Semuanya dlm kuantiti yg agak byk jgk

Sbb kot2 sedara mara nk dtg jgk kan so jamu nasik ni aje la.

Tunggu punya tunggu sapa2 pon tak dtg..

Pelik plak aku slalunye raya kedua ni ramai jgk yg bertandang ke Bedong nih

So alang abang aku pon tak smpai lagi sedara mara pon tak dtg lagi..

Chon kata jom la p beraya dok umah saja pon tak best jgk kan..

So kami pon pegi la beraya balik pon dah nk dekat maghrib.

Org yg ditunggu pon dah smpai...

Best2 terubat rindu...


Malam tu aku masak menu spesel mee kuah daging + udang besar laut

Then raya ke tiga tu kami semua pegi beraya beramai-ramai

pegi umah toknek, sepupu, paklang dsbg..

Gambar2 kat bawah ni diambil ketika raya ke-empat

Time tu makteh (adik mak) dtg beraya di rumah..


Dari kanan mak teh, mak aku (aka tok timah) batrisyia, kak ina (kak ipar), nasywa, sepupu (two girls) nasywa n aryna.

Aryna ni punya la tak bleh berpisah ngn atikah tu

Smpai kan maklong nye nk balik ke langkawi pon dia nk ikut

nangis sungguh2 nk ikut..ish teruk tul prngai nye..

Takpe ye papa kata end of dis year nk pegi langkawi!

Yeay best2




Anak buah aku yg sulung Nurin Batrisyia

Baru darjah 6 thn ni tapi dah sama tinggi ngn aku!


Anak buah aku yg ke-dua Nurin Ameera Nasywa

Yg ni suka melawa kat rambut dia tu senantiasa akan ada perhiasan hehheh comei!


Anak buah aku yg last skl Nurin Atikah dia ni lembut n kiut sgt

Lagu raya yg best jgk

Salam....

kat bawah ni ada satu lagu raya yg aku kira best jgk la

baik dari segi lirik n melody

lagu ni tajuk nye: Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda

Penyanyi: Raihan & Hujan

LIRIK & LAGU : Abu Bakar Md Yatim (Raihan)
GUBAHAN MUZIK : Noh & Hujan


Sep 29, 2009

Raya di pantai prai 1 syawal 1430 / Sept 2009

Salam....

Setelah seminggu cuti baru la bleh upload pics tuk sawang aku nih..

Terasa sedey bila Ramadhan berakhir..

Sebabnye amal ibadat di bulan Ramadhan ni pahala nye berlipat kali ganda

compare ngn bulan2 lain...

Takpe insyAllah klau umur panjang lagi kita bertemu lagi next year!

1 Syawal 1430 baru2 ni seperti biasa la

Memang every year 1st day raya kat umah hubby ku iaitu kat Pantai Prai

Sejak kawen ni ayah n mak mentua aku la org pertama yang akan aku mohon maaf..

nangihSelalu nye mak n abah aku la org pertama huhuhhu

Dah kawen ni jadi la plak kan sedih

Sedey la jgk sambil dok salam mak n ayah dia tingat aku mak n abah aku kat Bedong tu

even mentua jgk adalah mak n bapa kita tapi manakan sama dengan mak n abah sendri kan!

Pas salam mentua baru le salam Chon..

Pas abis salam2 semua nye move to Masjid tuk semayang sunat aidilfitri

Aku dok tertunggu-tunggu bila Chon nk abis smyg ni (aku tak leh smyg hehehe)

Sbb nye aku nk pegi jalan2 beraya tak nak la tunggu kat umah.

(aceli nk lari drpd buzy2 didapur menjamu org yg bertandang ke rumah)

Bila Chon balik aje terus aku terkam ngajak dia berjalan2 raya...

So seharian jgk la dari kol 10pg smpai la kol3 ptg baru balik umah.

Then malam tu plak kami balik bedong.

Tak sabar nk beraya ngn anak sedara aku plak..

Lama tak tgk depa..

Last year nye raya depa tak balik..

Bawah ni ada la beberapa keping gambar..

Aku takde mood sgt nk snap gambar nape ntah..


hah ni hero aku si arman encem!

ssuai kaler baju tu ngn dia suka aku tgk

Pagi2 buta lagi dah kena mandi!

Arman ni pagi tu cam blur2 skit heran tiba2 je mcm smua org pkai baju lawa2
smua plak pkai tudung confius dia sekejap





Ni mak mentua aku

Masa ni dah abis bersalam-salaman dah smua tunggu nk pegi smyg raya aje


Hah ni plak my little princess

Hepi dia dpt duit raya RM100 dari tokwan nye tuh huh

(tak penah lagi aku dpt RM100 duit raya dari tokwan aku...anak aku ni kecik2 lagi dah pegang duit byk2 bsar2 nanti? rindu)


Empat org budak kt blkg tu semuanya anak buah Chon

Anak abang sulung dia

Hero aku tu? nape plak la dia nangis

Tak prasa plak aku hehhehe


Boring dah dok kat umah tu kannn

Papa nih lambat tul balik dr masjid

cepat ler org dah tak sabar nih nk beraya

1st time nih


Cak! Mak!...

dia tak panggil mama tapi Mak!


Still sabar menanti

mana bunyi motor ni tak sampai2 lagik!


Papa! cepat la balik!


Takpe la posing dulu tangkap gambar

mama ni nyibuk lak suh amik gambar hehhehe


Yeay! papa dah balik dr smyg!

mama kata kita kena posing amik gambar dlu!
sengihnampakgigi



Ini la gambar kami sekeluarga ada dua keping ni ajer


Ni plak dah kol3 ptg semuanye dah tak larat.

Yg laki tu abang ipar Chon dua2 tu anak buah nye anak kepada kakak sulung nye

Muka aryna yg meragam sbb ngantuk!

Tapi takmo tido! buat aku hangin jer!

Sebelah nye tu adik ipar Chon

Tengah menuggu hari tuk bersalin.

Perutnye kecik aje..

Lagak samseng aryna!
Itu yang malas nk bagi dia pakai gaun tuh
cam tak sesuai!

Sehari b4 raya

Salam...

Jumpe lagi kita setelah seminggu aku cuti..

So dah bersawang le aku nye blog nih

So ni ada la beberapa update tapi time nk dekat raya la

Sehari b4 raya tu aku balik umah family aku kjap tuk tolong mana2 yg patut..

Even aku beraya di umah mentua tapi aku tetap jgk minta izin kat Chon supaya aku dpt tolong mak aku tuk prepare mknn tuk raya nnti

Sian mak aku sorang2 adik aku tu kat umah dia la

Adik aku yg bongsu tu mana reti dok kat ceruk dapur tu

So aku la yg kena tolong..

Umah mentua aku takpe depa ramai orang..


So aku cuma tolong balut ketupat n buat rendang ayam ajer

Ketupat daun palas ni belum di rebus lagi ptg nnti baru rebus.

Serunding daging yang mak aku dah buat awal2 lagi tak sempat aku nk tolong.


Serunding ni basah lagi bila kering baru cantik.

Nak tunggu kering kena la perhangat kan 2-3 kali lagi

hah ni la rendang ayam yg aku buat

Seperiuk bsar tu

semua 4ekor ayam

sekor tuk umah family aku n 3 ekor lagi kat umah mentua..

Alhamdulilah sib baik ckup rasa semua nya

Sep 28, 2009

Hadis 13

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis:

1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)

2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.

3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :

kisah Abu Zar
Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al- Quran sebagaimana beliau faham.
Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula
kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.

Pengajaran hadis:

Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman.
lman seseorang mukmin tidak akan sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang seagama.

Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting.
la adalah kekuatan kedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.

Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarang perbezaan darjat.

Sumber: Hadis 40 Imam an-Nawawi

Sep 27, 2009

Hadis 12

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْ نِ
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Antara tanda Sempurna Islam sesaorang :
jaga lidah dari perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18)
setiap yang baik akan berganda (10x) sehingga 700 gandaan.

2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait:
tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu.

silap faham hadis menyebabkan setengah orang banyak meninggalkan perkara yang wajib dan juga
sunat disangkanya perkara yang tak berkait dengannya.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi
apabila dia hanya melakukan perkara
yang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah.

Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong,
berhiburan yang melalaikan,
duduk-duduk di jalan,
bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau
tanpa ada kepentingan,
suka mengambil tahu
perkara yang tiada kaitan dengan dirinya,
atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu,
menjaga tepi kain orang.

Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik,
yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat.

Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan
yang tidak ada kena mengena dengan dirinya,
nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan
kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.


Sumber: Hadis 40 Imam an-Nawawi

Sep 26, 2009

Hadis 11

عن أبي محمد الحسنِ بْنِ علِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ سِبْطِ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وَسَلَّم وَرَیْحَانَتِ هِ
رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: حَفِظْتُ مِنْ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( دَعْ مَا یَرِیْبُكَ إِلَى مَ ا
لاَ یَرِیْبُكَ)) رواه الترمذي والنسائي، وقال الترمذي: حدیث حسن صحيح.

Daripada Abu Muhammad al-Hasan ibn Ali ibn Abu Talib r.a., رضي الله عنهما cucu Rasulullah SAW dan orang kesayangan Baginda. Beliau berkata:
Aku telah menghafal daripada Rasulullah SAW hadis:
Tinggalkanlah apa yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.

Hadis riwayat al-Tirmizi dan al-Nasaai.
Al-Tarmizi berkata ia adalah hadis hasan sohih.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Menjauhi perkara syubhaat :
menjaga marwah dan diri dari terjatuh kepada yang haram - wara’.
langkah bagi menutup pintu was-was syaitan.

2) Wara’ salaf terhadap perkara syubhaat :
kisah Abu Bakar makan sesuatu yang syubhaat.
kisah Umar Al-Khattab dalam pembahagian harta kepada orang-orang Muhajirin dan anaknya sendiri.

3) Meninggalkan perkara khilaf bukan semestinya wara’ :
dalam perkara-perkara yang ada rukhsah - ikut lebih baik.
yakin dalam suci dan syak dalam hadas - hadis (kentut yakin keluar angin).

4) Wara’ hanya bagi orang yang Istiqomah :
yang melakukan perkara yang diwajibkan dan tinggal yang dilarang.

mereka yang melakukan dosa besar, tinggal yang wajib tapi berusaha tinggal perkara syubhat -
wara’ sesat namanya - kisah darah nyamuk - orang Iraq.

Pengajaran hadis:

Seorang mukmin tidak seharusnya terus melakukan sesuatu yang dia sendiri merasa sangsi dan ragu.

Hal ini menyebabkannya terjebak jatuh dalam perkara yang kemungkinan hukumnya haram.
Meninggalkan sesuatu kerana ragu-ragu dan kerana
ingin menjaga maruah diri dan keharmonian agama adalah suatu sifat wara' yang terpuji.

Keyakinan adalah asas amalan dalam lslam.
Amalan yang dilakukan dengan yakin dikira sah dan
diberikan ganjaran pahala.
Sebaliknya amalan yang dilakukan secara ragu-ragu, tidak memadai dan mesti diulangi.


Sumber: Hadis 40 Imam an-Nawawi

Sep 25, 2009

Hadis 10

عَنْ أَبِي هُرَیْرَة رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِنَّ الله تَعَالَى
طَيِّبٌ لاَ یَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبَا وَإِنَّ الله أَمَرَ المُؤْمِنِيْنَ بِمَا أَمَرَ بِهِ المُرْسَلِيْنَ فَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَ ا
الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا } وَقَالَ تَعَالَى: { یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِ نْ
طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ } ثُمَّ ذَآَرَ الرَّجُلَ یُطِيْلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ یَمُدُّ یَدَیْهِ إِلَى السَّمَآء: یَا رَبّ!
یَا رَبّ! وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِي بِالحَرَامِ، فَأَنَّى یُسْتَجَابُ لَهُ!
)) رواه مسلم

یَآ أَیُّهَا الرُّسُلُ آُلُوا مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحً ( Surah al-Mukminun: 51)
یَآ أَیُّهَا الَّذِیْنَ آمَنُوْا آُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاآُمْ ( Surah al-Baqarah: 172)

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala baik,
Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik.
Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman:

(Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baikbaik dan hendaklah kamu beramal soleh).

Dan Allah Ta'ala berfirman: (Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu).

Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh,
yang berambut kusut masai dan berdebu,
yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa):

Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!
Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?

Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Kefahaman Hadis :

1) Suci Allah dari kekurangan / keaiban / tidak perlu rakan dan anak / tidak zalim dan tidak tidur.

2) Diterima atau tidak amalan
- bergantung kepada pemakanannya halal/haram.
- sebab kepada diterima atau tidaknya doa/ibadah.

3) Sebab- sebab diperkenankan doa serta beberapa adabnya:
perjalanan yang jauh -
(hadis - tiga jenis doa yang diperkenankan , doa orang yg dizalimi, orang dlm musafir dan doa bapa terhadap anaknya)
berpakaian lekeh (usang) - sebagaimana disunatkan dlm solat Istisqa’.
mengangkat tangan ke langit - hadis nabi berkenaan dengannya.
mengulang-ulang nama Allah - (3x) - sebagai tanda sangat berhajat.
penjagaan makanan, minuman dan pakaian .

Pengajaran hadis:

lslam menuntut umatnya menjaga diri dari semua aspek;
kebersihan diri dan hati,
keelokan berpakaian,
kebersihan amalan perbuatan juga budi pekerti.
Sesungguhnya Allah SWT itu baik.
Dia hanya menerima perkara yang baik-baik sahaja.
Amalan, pakaian, tempat tinggal, kenderaan dan
makanan seseorang mempunyai hubungan rapat dengan darjat kemuliaan diri dan peningkatan maqam hatinya.

Oleh itu, seorang mukmin dituntut menjaga amalan, tingkah laku dan pakaian serta memakan hanya benda yang baik.

Makanan yang baik ialah makanan yang halal.
lni tidak menafikan makanan yang berzat dan
bervitamin, kerana Allah sifatkan makanan yang baik, bukan sekadar yang halal.
Makanan dan perbuatan yang haram menghalang pembersihan jiwa seseorang,
sekaligus menghalang doa daripada dimakbulkan Allah.

Sumber: Hadis 40 Imam an-Nawawi


Sep 24, 2009

Hadis 9

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنِ صَخْرٍ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى ا للهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ یَقُوْلُ : (( مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوْهُ وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَ ا
أَهْلَكَ الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ آَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ )) رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman ibn Sokhrin r.a. beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Apa-apa yang aku larang kamu melakukannya,
maka hendaklah kamu menjauhinya, dan
apa-apa yang aku perintahkan kamu melakukannya,
maka lakukanlah seberapa daya kamu.
Sesungguhnya umat yang terdahulu daripada kamu telah binasa
lantaran banyak persoalan dan banyak perselisihan mereka
terhadap Nabi-nabi mereka.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Kandungan Hadis :

1) Sebab Hadis - Khutbah Nabi (difardhu Haji ) - penyoal Aqro’ bin Haabis.

2) Jauhi Larangan :
i) sebab haram - dapat pahala/ buat dapat dosa.
ii) sebab makruh - dapat pahala / buat tak berdosa.

3) Buat apa yang disuruh :
i) wajib - dapat pahala/ tinggal dapat dosa.
ii) sunat - dapat pahala/ tinggal tak berdosa.

4) Larangan banyak bertanya :
perkara yang tidak dijelaskan oleh syara’.
pada perkara yang tidak mendatangkan faedah/ tidak dihajati.
pertanyaan berbentuk mempersendakan/ menghina.
masaalah yang tidak berlaku.

Pengajaran hadis:

Seorang mukmin mestilah menjauhkan sama sekali
semua larangan Rasulullah SAW
kerana apa yang dilarang oleh Baginda pada hakikatnya
adalah larangan Allah SWT yang wajib dipatuhi.

Seterusnya dia mestilah melaksanakan segala suruhan Baginda Rasulullah SAW sekadar yang
termampu,
tanpa memaksa diri dan keterlaluan di luar kemampuan kerana ia akan menyebabkannya
tewas terkulai tidak berdaya melakukannya sebegitu teruk.

Perintah yang disuruh melakukan sekadar terdaya ialah perintah yang sunat.
Perintah wajib atau fardhu mestilah dilakukan tanpa kelonggaran kecuali kelonggaran yang diizinkan syara' iaitu kerana uzur atau sakit.

Sifat terlalu suka bertanya perkara yang bukan-bukan, berbahas, banyak soal jawab dan membantah para Nabi dan Rasul adalah perangai umat yang terdahulu.
Lantaran itu, mereka telah ditimpa kesusahan dan kebinasaan.
Umat Muhammad SAW diberi peringatan agar jangan mengulangi kesilapan ini.

Sumber: Hadis 40 Imam an-Nawawi.

Sep 23, 2009

Hadis 8

عَنِ ابْنِ عُمَر رَضِيَ الله عَنْهُمَا، أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِ لَ
النَّاسَ حَتَّى یَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ، وَیُقِيْمُوا الصَّلاةَ، وَیُؤْ تُو ا
الزَّآَاةَ. فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلاَمِ، وَحِسَابُهُمْ عَلَى ا للهِ
تعالى)) رواه البخاري ومسلم.

Daripada lbnu 'Umar r.a. رضي الله عنهما bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia
sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya
tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah,
sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat.
Apabila mereka telah berbuat demikian,
maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku,
melainkan dengan hak lslam,
dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Wajibnya perang - difardhukan - tolak tipu daya musuh - naikkan bendera Islam.

2) Terpelihara darah dan harta :

Pokok Perbincangan

i) orang yang mengucap dua kalimah syahadah.
ii) orang yang mendirikan solat fardhu.
iii) orang yang membayar zakat.
iv) orang yang beriltizam dengan hak-hak Islam.

3) Perjalanan Hukum - hanya pada zahir - batin serah pada Allah.

Pengajaran hadis:

Risalah atau misi kedatangan Rasulullah SAW halangan terhadap usaha dakwah mesti dihapuskan.
ialah menegakkan dakwah lslam sehingga tertegak aqidah lslam.
Sebarang memerangi orang-orang kafir yang memerangi lslam dan dakwah lslam adalah kewajipan umat,
agar risalah lslam tidak terhalang dari sampai kepada semua manusia.
Apabila dakwah sudah sampai,
mereka bebas sama ada menerima lslam atau sebaliknya.

lslam menjamin hak pemeliharaan dan perlindungan darah, harta dan maruah diri seorang mukmin
muslim yang mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang lima waktu dan membayar zakat.
Hak ini terus terjamin kecuali kalau dia mengabaikan hak-hak tuntutan lslam.

Sumber: Hadis 40 Imam an-Nawawi

Sep 22, 2009

Hadis 7

عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَةُ.
قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.

Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda:

Agama itu adalah nasihat.
Kami berkata: Untuk siapa?
Baginda bersabda: Untuk Allah,
untuk
kitabNya,
untuk RasulNya,
untuk para lmam kaum muslimin dan
untuk umat lslam seluruhnya.


Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Kefahaman Hadis:


1) Nasihah Lillah -
mengimaninya/ ikhlaskan ibadah /taatinya serta jauhi larangannya.


2) Nasihah Likitabi -
yakin ia kalam Allah bukan kalam makhluk -
sebagai Manhaj hidup -
sesuai
sepanjang zaman -
berusaha memperelokkan bacaan dan faham isi kandungnya.


3) Nasihah Lirasulihi-
membenarkan kenabiannya/
ikut ajarannya/
kasih terhadapnya -
agungkan
sunnahnya/
kaji sirahnya/
berakhlak dgn akhlaknya.


4) Nasihah Li aimmati muslimin -
membantunya dalam tugasan/ nasihat ketika lupa/ halang dari
berlaku zalim.

5) Nasihah Li ‘ammatihim -
membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat/
ajar apa yang mereka
jahil terhadap agama/
galakkan mereka kepada ketaatan.


Pengajaran hadis:


Agama lslam adalah agama nasihat iaitu agama yang berorientasikan nasihat sebagai teras pembinaan umat,
menjaga perpaduan,
mencipta kemajuan dan pembangunan,
sama ada kemajuan duniawi ataupun
pembangunan rohani.

Membiarkan kerosakan terus berlaku atau perkara yang kurang baik

dilaksanakan adalah bertentangan dengan konsep nasihat lslam.
lslam memperuntukkan hak memberi nasihat kepada semua penganutnya tanpa mengira kedudukan dan status.

Nasihat yang diberikan meliputi golongan manusia sama ada pemerintah atau rakyat.

Nasihat untuk Allah,
KitabNya dan
RasulNya bererti beriman dengan semua perkara tersebut dan

beramal berpandukan tuntutannya yang sebenar.

Sumber: Hadis 40 Imam an-Nawawi

Sep 21, 2009

Hadis 6

صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat
yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka
sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat,
maka dia telah jatuh dalam perkara haram,
umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan
sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging
yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,
maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis:

1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :
Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik.
manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.

2) Perkara-perkara Syubhat :
berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.
yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.

3) Bila berhadapan dengan syubhat :
tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.
syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita -
mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
(kisah nabi dgn. Sofiah - dilihat oleh sahabat).
tinggalkan syubhat - sifat wara’ - sempurna iman.

4) Peranan Hati :
banyak ayat ditujukan pada hati (hadis - aqal terletak dihati)
hati berpenyakit - jihadnya dengan mengikut manhaj Allah.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan
mempelajari perkara halal dan haram seterusnya
melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram
demi menjaga kemuliaan agamanya.
Perkara yang kesamaran,
yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi,
demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.

Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram.
Sesiapa yang melewati garisan dan terjebak melakukan perkara haram,
maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.

Hati adalah raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya
dan kebersihannya justeru
kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan
memusnahkan seluruhan anggota badan yang lain.

Sumber: Hadis 40 an-Nawawi

Sep 20, 2009

Hadis 5

عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْ هِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي
.(( روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata:

Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini,
yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim.
Dalam riwayat Muslim, ada hadis lainberbunyi:
Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita,
maka ia tertolak
( Al-Imam al-Bukhari dalam kitab ( آتاب الصلح ) bab ( باب إذا اصطلحوا على صلح جور ) nombor 2550.
Al-Imam Muslim dalam kitab ( آتاب الأقضية ) bab ( باب نقض الأحكام الباطلة ورد محدثات الأمور ) nombor 1718).

Pokok Perbincangan Hadis :

Larangan mengada-adakan dalam urusan agama:

a) Dalam Ibadat :

Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu,
tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula.
(dedah kepala - ihram/ berdiri-azan)

Ibadah yang langsung tidak syar’ie (dengan hiburan/ tarian)
- tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya.

Menokok tambah dalam ibadat yang disyariatkan.
(tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu’ empat-empat)

Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan.
(kurang rakaat dalam solat).

b) Dalam Muamalat:

i) ‘Aqad yang dilarang oleh Syara’ :
Barang yang hendak di’aqad tidak halal.(nikah dengan mahram).
‘Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).

ii) ‘Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak. (nikah anak perempuan tanpa
izinnya).

Pengajaran hadis:

lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya.
la tidak perlu ditokok tambah lagi.
Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan
yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan,
yang ditolak dan sesat.

Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, s
eperti sembahyang cara baru,
upacara keagamaan baru dan sebagainya.

Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat,
kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri,
agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.

Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW,
demi menjamin kesejahteraan agamanya.

Sumber: Hadis 40 Imam an-Nawawi

Salam Aidlifitri 1 Syawal 1430

Salam..

Arini 1 Syawal 1430h..

Sempena bulan Syawal ini aku nak ucapkan selamat hari raya

kepada semua viewers.

Maaf zahir batin tuk yg mengenali atau tidak.

Smoga hari raya kali ini memberi kebahagiaan kepada semua..

Aku akn bercuti selama seminggu so kita jumpe lagi pada isnin 28 Nov 09

InsyAllah...

Sep 19, 2009

Hadith 4

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata:
Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):
Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani,
kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama,
kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama,
kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat
lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat;
iaitu supaya menulis rezekinya,
ajalnya,
amalannya dan
adakah dia celaka atau bahagia.

Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta,
lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka.

Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak
lebih dari sehasta,
lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.


Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء
الخلق (باب ذآر الملئكة) )
nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) .
Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal
kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Kefahaman Hadis :

1) Peringkat Pertumbuhan Janin Dalam Rahim :
Ayat-ayat yang berkaitan dengannya (Al-Haj : 5) (Al- Mu’minun :12-14)

Hikmat di sebalik kejadian berperingkat-peringkat : Sebagai pengajaran kepada manusia … untuk mencapai tahap kesempurnaan ma’nawi mestilah melalui cara ((tadarruj)) beransur-ansur tidak gopoh atau gelojoh.

2) Ditiup Ruh :
Sepakat ulama’ menyatakan bahawa ruh ditiup pada janin selepas 120 hari disenyawakan.
Hikmat bagi perempuan yang kematian suami, baginya iddah selama empat bulan sepuluh hari bagi menjamin kesucian rahimnya(tak mengandung).

3) Menggugurkan Janin :
Sepakat ulama’ menyatakan haram (setelah ditiupkan ruh) - dikira sebagai jenayah dan wajib membayar diat (denda) bila digugurkan, sekalipun mati selepas itu. Gugurkan sebelum ditiupkan ruh - juga haram pada kebanyakan pendapat. Ada yang kata boleh tapi pendapat yang dhaif.

4) Keluasan Ilmu Allah
Maha mengetahui keadaan-keadaan makhluk sebelum dijadikan samada iman dan taat atau kufur dan maksiat, bahagia atau derita semua dalam pengetahuannya.
Ilmu Allah tidak menghalang manusia dari berikhtiar (Al- Syams: 7-10).

Pengajaran hadis:

Kejadian manusia yang unik menunjukkan kekuasaan Allah SWT mencipta makhlukNya, seterusnya menjadi dalil bahawa hanya Dialah Tuhan yang berhak disembah.
Kejadian manusia mesti menjadi renungan manusia yang berakal, kerana kejadiannya yang teramat indah dan unik ini tiada tolok bandingnya

- manusia tidak mampu mencipta manusia atau robot bernyawa dan berakal fikiran.
Proses kejadian manusia yang berperingkat-peringkat ini telah diceritakan oleh lslam melalui al-Qur'an dan hadis Nabi semenjak 14 kurun lampau,
tetapi manusia baru benar-benar arif tentang proses ini di zaman kemajuan sains.

lni adalah bukti yang jelas bahawa Allah SWT yang mencipta makhluk ini,
Dia jugalah yang Maha mengetahui rahsia kejadian mereka.

Empat ketentuan hidup manusia telah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak dia belum lahir ke bumi -

1. rezekinya,
2. ajal kematiannya,
3. amalannya dan
4. nasibnya sama ada dia akan menjadi seorang yang susah
atau senang.

Amalan terakhir manusia adalah faktor penentu kepada nasibnya yang kekal abadi di akhirat. Boleh jadi dia sangat baik si sepanjang hayat -
tetapi di saat terakhir dia melakukan perbuatan ahli neraka,
iaitu maksiat lalu dia mati dan mendapat balasan neraka.
Begitulah sebalinya.

Sumber: Hadith 40 Imam an-Nawawi
http://www.geocities.com/bahantarbiyyah

Sep 18, 2009

Hadis 3

عَنْ أَبي عَبْدِ الرَّحمنِ عبدِ الله بْنِ عُمَرَ بْنِ الخطابِ رضي الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ ا للهِ
صَلَّى اللهُ عَليهِ وَسَلَّمَ یَقُولُ: (( بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شهادَةِ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ الله وَأَنَّ مُحمدً ا
رَسُولُ الله، وَإِقَامِ الصَّلاةِ، وَإِیْتَاءِ الزَّآَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ )). رواه البخاري
ومسلم.
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata:

Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah
dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah,
Mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat,
mengerjakan haji ke baitulLah dan
menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam Kitab (al- Iman) bab
باب الإیمان وقول النبي صلى الله عليه وسلم بني الإسلام على خمس)) )
hadis nombor 8. Al-Imam Muslim dalam bab
( باب بيان
أرآان الإسلام ودعائمه العظام)
hadis nombor 16).

Pokok Perbincangan Hadis :

1) Binaan Islam :


Diibaratkan sebagai penyelamat manusia yang mengeluarkannya dari daerah kekufuran dan

melayakkannya masuk syurga serta jauh dari neraka.

Struktur binaan yang kemas dan kukuh dengan asas-asas dan cabang-cabangnya.


2) Ikatan Antara Rukun-Rukun Islam :


Sempurna iman bagi yang menerima sepenuhnya.

Bagi yang menolak semuanya - hukumnya kafir
Sesiapa yang ingkar salah satu - bukan muslim (ijma)
Sesiapa yang menerima tapi malas melakukannya (kecuali syahadah) - fasiq
Sesiapa yang melakukan dan iqrar secara pura-pura - munafiq

3) Matlamat Ibadat :


Syahadah - syarat diterima amalan lain.

Solat - penghubung antara hamba dengan tuhannya - pertama dihisab .
Zakat - suburkan harta/ berkat - sucikan diri.
Haji - tidak harus bagi orang yang berkemampuan untuk itu melewatkan pemergiannya - wajib
segerakan.
Haji Mabrur merupakan sebaik-baik jihad.
Puasa - syahwat dikengkang/ maksiat terhindar - sebab kepada ketinggian darjah di sisi Allah.

Pengajaran hadis:


Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam lima perkara.
Hadis ini mengumpamakan lslam
sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang.
Tanpa lima perkara ini lslam
seseorang akan goyah dan runtuh.
lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh
setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.
Menegakkan rukun lslam bermakna
kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan
keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti
keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

Sumber Hadis 40 Imam An-Nawawi
http://www.geocities.com/bahantarbiyyah

Sep 17, 2009

Menu terakhir

Salam..

Skg ni dah masuk hari2 terakhir di bulan ramadhan 1430.

So aku pon dah semakin malas tuk masak hehheheh

So kemarin pon beli ajer

Tapi semalam Chon yg belikan juadah tuk bukak posa.

Dia beli kat pasar ramadan putrajaya.

Apa yg aku nk share kat sini yg paling aku suka adalah


Daging kambing panggang.
Chon kata depa bakar sekor kat situ.
Sedap btul daging kambing yg derang buat nih
Takde lgsg bau kambing.. tu yg best tuh
Daging kambing ni lembut giler.
Rasa mcm ala2 mskn skewed kat colmar tropicale yg aku penah mkn dlu.



Sambal sotong ni pon sedap jgk.


Kerabu kerang katanye tapi yg aku nmpak byk togeh nye huh
tapi ok la sedap


Last skl ikan pari bakar
biasa2 aje

Sampul duit raya company

Salam...

Tgharini tadi dpt sampul duit raya dari company..

Dah lama aku tunggu..

Cantik jgk design nye..

Aku suka..

Tapi dpt dua plastik jer

boleh la...

Then pagi tadi dpt lagi tiga sampul dari anak buah roha

Sampul public bank

best2

Anyway thanks..



Sep 16, 2009

Biskut raya yang ada

Salam...

Arini nak cite psl biskut raya..

Aku dah beli n order biskut2 raya..

Aku rasa mcm dah byk tapi tgk2 dikumpul-kumpul skit la plak
sedih

Hah cuba tgk kat bwh ni byk ni aje la biskut raya aku huhuhhuu...

Compare last year even duit time tu tak brapa byk sgt..aku rasa byk lagi biskutnye dari this year..

fikir nape ek skit sgt?
Tapi yg nyata nye biskut for this year smua aku tgk mahal2..
Yg sedap2 tu kebanyakkannye above RM25
Compare last year paling mahal aku beli RM23 itu pon dua bekas je kot
Paling murah RM13 (bleh dpt 50 bj)

Sib baik la ada jgk biskut dari kak Siti (opis mate opis lama) yg still kekalkan harganye.
Tapi yg tu aku order cuma 4 bekas aje..
Yg lain tu cam dah bosan jgk..

Then aku ada order kat lovedaisi
Tapi order skit plak nape ntah..
Aku bleh tak prasan plak yg lovedaisi ni ada new added biskut
nampak sedap plak tu
tapi rugi2 dah tak sempat nak order
derang dah close cedey...

and satu lagi aku beli kat cold storage.
murah aje..
tapi sedap jgk.
takde la rasa tepung aje.

Smua biskut2 yg aku beli ni bukan stakat tuk umah aku ajer tapi jgk tuk di kampung..
Kat keluarga mentua satu
n keluarga aku satu
n satu lagi tuk baby sitter anak2 aku
(huh bajet2!)

So bila disusun-susun mcm tu mmg nmpak skit plak kan
Chon pon kata thn ni nmpak skit
So kena la new added jgk

hahahha so Chon akan ditugaskan tuk beli biskut2 raya bsok kat Jln TAR.
Dia cuti bsok so bleh la kirimkan dia beli..

So biskut2 di bawah ini nnti akan bertambah ler bilangannye

Harap2 Chon beli yg sedap2


Ni biskut yg aku beli kat cold storage dua2 ni sedap so tak rugi beli..
coklatnye mmg melt
yg ni dua bekas nk bagi kat baby sitter.


Ni pon dari cold storage jgk pon sodap
Yg ni pon sama nk bagi baby sitter satu.
Satu lagi kat umah Chon.

Ni biskut order dari kak siti
Biskut kacang bersalut coklat n mama carry
dua2 nk bagi kat family Chon n family aku.


Hah yang ni plak biskut suji dari lovedaisi.
Aku suka biskut ni sbb lembut tapi rangup.
So aku beli lebih skit tuk aku satu bekas.
Yg tuk aku nye dah dimakan skit hehhehe

Asalnye nk bagi kat aryna
Tapi upa2 nye dia tak minat sgt
padahal biskut tu bersalut susu..
Tapi dia ada suka satu biskut yg aku tak expect skl dia akan tingin nak tau
scroll bawah lagi hehhehe


Ni plak kek buah dari lovedaisi..
Sedap tak manis sgt so bleh la org tua2 mkn kan..
jaga kesihatan...


Hah yang ni plak biskut dari lovedaisi jgk
Blueberry tart
Biskut ni mmg aku suka
bleh tgk le dah brapa byk aku dah mkn
lembut gile melt betul kat dlm mulut sedap sgt..

Hah ini la biskut yg Aryna suka!
Sekali mkn smpai 3 biji
Yg leceh nye klau bagi dia mkn sndri abis baju n lantai
So aku suapkan aje

Disebabkan biskut ni lembut sgt abis rupanye buruk
dek aryna menggolek-golekkan nye di lantai
nangih
Tensen je aku time tu
Kena marah jgk dia ngn aku huh!

Oraits yang last skl kacang goreng aku ler
Yg ni tuk disimpan kat umah aku aje
Tapi ada la aku nk bagi kat baby sitter skit.

Sep 15, 2009

1st pet for Aryna

Salam..

Aryna suka pada binatang..

especially kambing..

Takkan la aku nak bela kambing kot kat apartment tuh kan ish2

Even aku dok kat landed house skl pon aku takkan bela kambing2 tu hish

Takpe Aryna dah ada kambing kat kg tokwan nye bagi sekor heheheh

So setiap kali balik kg jer pasti dia kan bagi kambing nya makan biskut.

Klaka kambing makan biskut ihikhik

Aku ada dua senarai pet aje tuk dia

1. Ikan
2. Kura2

Cat? hurm dia suka jgk Cat tu tapi leceh la nak bela nye
beraknye mknn nye eeee ssah la

Ikan? satu hal aku takmo sbb ssah aku nk bwk balik naik keta
Sbb air nye kena isi byk kan..

So apalagi choice aku kura2 ler


Hah ini la kura2 aryna

Namanye "turtle comei"
Satu jantan satu betina sepasang ler

Tapi apek cina tu kate turtle ni tak leh branak laen
Alah tak syiok le
Klau bleh nk dia bertelur baru berkembang biak Aryna nye kura2 ni

Tapi takpe la ada dua ni pon da ckup.

bukan Aryna yg menjaga nye tapi aku ler

Salin air
bagi makan
huh renyah jgk

tapi atleas air nye skit ajer

So aku takde la tensen sgt

Bekas nye aku beli yg dah siap ada tmpat rehat tuk kura2 tu so ok la save skit duit aku
Takyah beli2 brg2 hiasan tuk kura2 tu berehat

Apa2 pon bukan stakat Aryna je suka aku pon suka!
Chon kata mama dia yg lebih hehhehe.