May 28, 2009

Barcelona Menang!

Yehaa! Barcelona Menang! 2 - 0 tuh terror ar sbb bagi aku team MU tu permainannyer best gak tapi biasala nasib takde kan...walaupon aku tak tgk bola ni smlm tapi aku sokong barcelona lega dgr bila barcelona menang sbb nye aku pon suka gak tgk barcelona main. Yang paling aku suka Ronald Dinho tapi dia tak main smlm (ke sbnyer dia dah mmg kuar dari barcelona? hahhaha lupa plak aku nk tnya Chon psl dia nih) n aku ada minat sorang lagi Thierry Henry, dia ni mmg best la even aku tak brapa minat bola tapi bila tgk dia main mmg best gak ar. Chon mmg minat sgt dia nih, dulu dia main kat Arsenal tapi skg Barcelona plak. Even dia ni takde lagi kat Arsenal tapi Chon tetap sokong n minat Arsenal sbb katanya dia peminat bola sepak so tak kisah la team mana asalkan team tu mmg best permainannyer. So smlm sanggup tu Chon bangun kol 2.30pg keluar p tgk kat kedai mamak semata2 nak tgk game nih Manchester United vs Barcelona. (TV umah aku rosak dah anta baiki tapi tak siap2 lagi dah seminggu! Tensen aku huh!).


AP Photo - Barcelona's Thierry Henry, right, holds the trophy at the end of the UEFA Champions League final soccer match between Manchester United and Barcelona in Rome.

Barcelona coach Pep Guardiola holds the trophy at the end of the UEFA Champions League final soccer match between Manchester United and Barcelona in Rome, Wednesday. Barcelona won 2-0. (AP Photo/Manu Fernandez)


Manchester United's Rio Ferdinand reacts at the end of the UEFA Champions League final soccer match between Manchester United and Barcelona in Rome, Wednesday. Barcelona won 2-0. (AP Photo/Luca Bruno)


AP Photo - Manchester United's Cristiano Ronaldo reacts after Lionel Messi scored, during the UEFA Champions League final soccer match between Manchester United and Barcelona in Rome, Wednesday May 27, 2009.

(Kesian aku tgk ronaldo tu dia ni cute cara mainan dia pon best tapi aku nmpak cam berlagak skit arr)

May 27, 2009

Apa itu talasemia?




Aku slalu dgr dlm Hot.fm suh kita g check sama ada kita ni ada penyakit talasemia tau tak tapi aku tak tau pon apa effect n kenapa kita kena check. So entry ni aku cite pasal penyakit talasemia so terpulang la pada anda utk check atau tak.




TALASEMIA

Talasemia ialah sejenis penyakit anemia yang juga penyakit keturunan. Walaupun biasa terdapat di kawasan Mediteranean, penyakit ini juga didapati di India dan Asia Tenggara. Talasemia boleh diwarisi oleh anak jika kedua-dua ibu dan bapa mempunyai gen yang terlibat. Walaupun kedua-dua ibu bapa tidak menghidap anemia, kebarangkalian anak menghidapinya ialah satu per empat. Anak yang menghidap talasemia tidak boleh menghasilkan hemoglobin yang normal, iaitu bahan yang menghasilkan warna merah dalam sel darah merah dan merupakan bahan pembawa oksigen ke seluruh tubuh badan. Masalah ini ketara semasa anak menjangkau tiga bulan. Pada masa ini, tanda-tanda penyakit anemia mula muncul seperti kelesuan, sesak nafas dan pucat. Lama-kelamaan anak akan semakin kekurangan tenaga dan mengalami kesukaran menyusu. Bahagian abdomennya juga akan menjadi besar disebabkan pembesaran limpa dan hati.
Tanda-tanda
Kelesuan.
Bibir, lidah, tangan, kaki dan bahagian lain berwarna pucat.
Sesak nafas.
Hilang selera makan dan bengkak di bahagian abdomen.
Apakah yang boleh dilakukan?
Doktor akan mengambil contoh darah untuk diuji. Jika penyakit talasemia disyaki, anak akan dirujuk ke hospital untuk dilakukan ujian lanjutan. Jika anak disahkan menghidap penyakit ini, pemindahan darah biasanya diperlukan untuk mengelak anak daripada mengalami kesan buruk penyakit anemia.
Apabila anak sudah cukup besar, anak mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang limpanya. Ini akan mengurangkan kekerapan pemindahan darah kerana kekerapan pemindahan darah akan menimbulkan masalah lain, iaitu ferum boleh berkumpul di dalam tubuh badan dan merosakkan hati, pankreas dan jantung. "Lebihan ferum" ini merupakan ancaman utama penyakit ini dan ramai pesakit menemui ajal mereka semasa remaja. Kini rawatan baru memberi masa depan yang lebih cerah bagi pesakit. Kanak-kanak yang menghidap talasemia kini menerima suntikan ubat yang dapat membantu tubuh badan membuang ferum. Dalam beberapa keadaan, rawatan ini dilakukan secara suntikan yang berterusan pada waktu malam. Anak yang menghidap talasemia harus boleh menjalani kehidupan yang normal.
Kegiatannya tidak perlu dihadkan tetapi dia memerlukan bantuan dan sokongan. Minta nasihat doktor dan cuba berhubung dengan keluarga lain yang juga ada anak yang menghidap talasemia.
Jika anda tergolong dalam kumpulan yang berkemungkinan besar menjadi pembawa penyakit ini, pastikan anda dan pasangan menjalani ujian darah sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan anak. Ujian untuk memnetukan kemungkinan bayi dalam kandungan menghidap penyakit tersebut boleh dilakukan.

Stoppard, Miriam. Panduan Penjagaan Kanak-kanak. Tropical Press, 1998. ms 232


May 15, 2009

Malas

Malas nye la aku nk update blog skg ni sbb aku cam malas sgt nak menaip. Aku agak kagum la bagi org2 yg mmg rajin n suka menaip ni byk tul idea depa. Aku ni nak mengarang satu2 entry pon amik masa yg lama jgk la. Aku skg ni agak buzy jgk la dok cari2 portal yg ada question bank utk dijadikan contoh.

Semalam team sekolahku.net buat recording suara for animated series nyer team. Depa ada animated series baru "Asia Legends" klau tak salah aku la. Kami2 yg ppuan ni dikehendaki utk menyumbangkan suara utk dimasukkan dlm cite tuh. Aku igt kot biasa2 aje la berlakonnyer tapi upa2nyer susah jgk yer nk berlakon ni. Padahal berlakon suara jer belum lagi tunjuk memek2 muka tapi bagi aku yg ni pon dah cukup mencabar. Nak marah pon tak reti padahal aku ni boleh tahan jgk garang orangnyer tapi bila nk direkodkan suara..mak aih lembut plak aku dgr suara aku tuh...boleh terasa nk tido bila dgr eeeee. Nak buat suara menangis pon tak reti hish tak sangka tul susah jgk (bagi aku ler). Tapi Bob (producer animated series) tu guna jgk la suara aku tu utk watak Mak Labu. Yang nmpak talented skl ialah Kak Jajad. Mcm2 watak kak jajad ni bleh berlakon tapi yg the best sekali sebagai mak tiri...mmg garang betul dengan gelak jahat nyer ish ngeri jgk pndai2 bukan senang nak buat cmtu tau. Roha plak sbg Bawang Merah (suara roha ni rasa2 mcm ssuai utk bawang putih tapi upanyer suara dia mmg lembut jgk), Jal plak asalnyer utk bwg merah tapi sbb roha dah ssuai utk suara tu so cuba la plak utk bwg putih...tapi lagi la tak ssuai sbb suara jal ni bila msuk recording jadi halus n lembut gemalai suaranyer nak jadi suara gedik+marah cam tak bleh jer mmg tak kena langsung. Aku rasa suara jal ni ssuai utk watak isteri2 yg baik2 atau suara budak2 ssuai kot. n sorang lagi biasa la Sarah mmg direservekan utk narrator. Satu lagi suara yg agak sedap suara Atiey tapi smlm dia tak pegi plak takpe Atiey jgn risau byk lagi watak2 yg menunggu tunggu!.....huh Su? tak penah lagi dgr suaranyer...next recording ar Su!

"Asia legends" ni citenye psl cite2 lagenda yg ada kat asia cam Bawang Putih Bawang Merah, Mamotaro, Malim Kundang byk lagi la tak igt dah. Best ni dpt tgk cite2 cmni di cartoonkan. Tapi yang tak best nyer smua dialog2 utk cite2 ni dlm English. Rasa mcm tak best utk penghayatan..kami yg nak berlakon suara ni pon cam tak feeling sgt. Tapi iye la kot kena buat dlm english sbb ni "Asia Legends" bukan "Malaysian Legends" kan mmmmmmmm..........

May 5, 2009

Boys over Flower aka Meteor Garden

Sahabat2 lama ku masihkah hangpa smua ingat lagi akan cite Meteor Garden aka F4SanChai? Dulu aku suka sangat tgk cite ni especially yg volume1 nyer la yg 2nd volume tu cam tak best sgt. Aku suka sgt ngn watak Doa Ming Si tu dia ni pon encem jgk kan hehehehh i like him ala2 brutal ganas tapi pemalu n romantik gitue. Cite ni masa zaman aku dok kat U la kan time2 anak dara lagi tup2 oficemate aku sorang ni SU ni kata ada cite tu tapi version Korea tajuk nyer Boys over Flower. Biar betul...tapi mmg betul la cuma aku jer yg tak tau akan kewujudan cite ni. Lepas kawin jer aku mcm dah kurang sgt tgk cite2 korea or cina ni agaknyer sbb Chon tak suka so aku pon mcm tak leh nak layan cite2 cengitu kat umah. Tapi bila SU dah bagi link ni mcm berminat la plak nak follow cite nyer. Aku baru tgk skit la pelakon2 nye mmg ada iras2 group F4 dari Taiwan tu pelakon2 Korea ni pon mmg group jgk namanyer Boys over Flower. Cite version Korean ni mmg pada awalnyer ikut sebiji2 dlm komik tapi ending cam tak brapa sgt la (heheheh itu mengikut kata promoter aku kat sini). Apa2 pon aku enjoy jgk tgk cite ni best, ensem, comel, klaka ok la.



P/S: Sahabat ku cik Ina try la tgk cite ni jgk best teringat aku time kita berkawan dulu2

May 4, 2009

OIAM3 - Grand Final - Tomok!

Yea! Tomok menang aku mmg dah agak dia akan menang even pada awalnyer tersingkir (aku rasa tu trick ajer tu kasi gempaq skit kot). B4 ni aku tak penah pon tgk one in a million ni tapi aku dgr komen2 kata Tomok nyanyi best lain dari yg dulu (betul ke best?) so aku pun try la tgk sekali masa tu dia nyanyi lagu Umbrella. Fuh aku tgk dia perform mmg best la lagu tuh syok jer tgk. Lagu tu jadi sonok plak dgr so aku pon terus follow OIAM ni. Bagi aku mmg patut la kot Tomok menang sbb dia mmg pndai ubah satu2 lagu tu jadi lain so bagi aku best la. TAHNIAH yer Tomok. Aweera pon ok jgk performance dia mlm tu, Esther pon ok gak tapi seksi sgt la.